Rabu, 17 Mac 2010

Harakah...

KUALA TERENGGANU, 17 Mac: Puluhan ribu rakyat Terengganu dan Kelantan dijangka akan berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud 20 Mac ini bagi mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatan baginda ke Terengganu.Ia akan dilaksanakan kira-kira jam 11.45 pagi di lapangan terbang itu, kata pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Bin Yusof dan Mohamad Fauzi Bin Abu Samah dalam satu kenyataan media mereka.Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta rakyat Kelantan di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac ini.Sebelum itu, Gegar akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER. Program ini dikira antara kemuncak bantahan rakyat Terengganu dan Kelantan terhadap rampasan royalti minyak milik mereka oleh kerajaan pusat. Sebelum ini, mereka berhimpun di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu. Kini, program bersama pula diadakan di Terengganu.Harakahdaily difahamkan, banyak program pada tarikh yang sama yang diaturkan sebelum ini dibatalkan untuk membolehkan semua rakyat Terengganu menyertai majlis ini. Malam tadi, seorang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan kuliah Maghrib beliau di Masjid Batu Enam pada 18 Mac ini telah dibatalkan untuk membolehkan orang ramai berkumpul di TER pada malam itu.Berikut adalah kenyataan penuh Gegar mengenainya:Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975. Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat. Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER. Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.

(TANAH MALAYSIA UNTUK MALAYSIA)=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan